Monday 7 May 2012

Selamat Datang Ke SPBT SK Puchong Jaya 2



MoTo

CEPAT, CEKAP, BERINTEGRITI

VISI

PENGURUSAN SPBT YANG CEKAP DAN BILIK BOSS MENJADI JUARA PERINGKAT DAERAH PETALING PERDANA  MENJELANG TAHUN 2012
MISI

BERTANGGUNGJAWAB, PRIHATIN DAN BERDEDIKASI TERHADAP PENGURUSAN SPBT BAGI MENJAMIN KECEMERLANGAN ILM



Piagam pelanggan spbt

Kami warga Unit SPBT dengan penuh tekad dan iltizam berikrar akan menumpukan sepenuh tenaga dan usaha kami untuk:-

Ø  Memastikan setiap pelajar yang layak mendapat buku SPBT dengan buku-buku yang cukup dan elok keadaan fizikalnya.

Ø  Memastikan bekalan buku SPBT mencukupi bagi memenuhi keperluan pelajar.

Ø  Memastikan buku-buku yang disimpan di dalam bilik SPBT dijaga dengan baik.

Ø  Mengagihkan buku SPBT kepada pelajar tanpa berlengah suoaya pengajaran dan pembelajaran tidak terjejas.

Ø  Memastikan semua urusan SPBT dengan Jabatan/ Kementerian disempurnakan dalam tempoh yang ditentukan.

Ø  Sentiasa peka dengan maklumat SPBT.

Ø  Melayan pertanyaan atau permohonan ibubapa/ penjaga dengan penuh tanggungjawab












MATLAMAT

Memastikan semua murid warganegara Malaysia di sekolah-sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan serta SMAR menikmati pendidikan percuma melalui faedah SPBT


OBJEKTIF

-Meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga.

- Memastikan murid warganegara Malaysia menerima buku teks SPBT pada minggu pertama sesi baru persekolahan bermula.


DASAR KELAYAKAN SPBT 100%

Pada 7 September 2007,Y.A.B Perdana Menteri Malaysia dalam pembentangan Belanjawan 2008 telah mengumumkan peluasan pemberian buku teks SPBT kepada semua murid warganegara Malaysia tanpa mengambil kira pendapatan isi rumah dan bilangan anak yang layak di semua sekolah kerajaan,sekolah bantuan kerajaan, dan SMAR berkuat kuasa mulai 1 Januari 2008 ( rujuk Pekeliling Ikhtisas Bil. 11/2007-lampiran 1 )

No comments:

Post a Comment