Monday 7 May 2012

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU PENOLONG KANAN HEM


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU PENOLONG KANAN HEM


Penolong Kanan HEM bertanggungjawab membantu Pengetua / Guru Besar dalam pengurusan dan pelaksanaan program SPBT di sekolah. Tugas dan tanggungjawab Guru Penolong Kanan HEM adalah seperti berikut :

i.              Meneliti dan melaksanakan semua arahan yang berkaitan dengan SPBT.

ii.            Merancang pengurusan SPBT di sekolah dengan bantuan Guru Penyelaras SPBT.

iii.           Menyediakan dan menyimpan maklumat SPBT

iv.           Menyediakan dan mematuhi takwim SPBT sekolah.

v.            Memastikan pemprosesan dan kelululusan kelayakan pinjaman buku teks SPBT seperti yang terkandung dalam Bahagian C di Borang Maklumat Murid.

VI.          Menganggotai Jawatankuasa Pengurusan SPBT Sekolah.

VII.         Menghadiri taklimat/kursus dan berkerjasama dengan PPD/JAIN/JPN/BBT berkaitan dengan program SPBT sekolah.

VIII.       Memastikan semua maklumat yang dikemukakan kepada BBT/JPN/PPD adalah benar dan tepat, terutamanya borang keperluan Buku Teks (BTBT 190) dan Penyata Bekalan Buku Teks (BTBT 460)

IX.          Menerima bekalan buku teks SPBT daripada penerbit atau pengedar dan menandatangani SAP/invois atau Nota Serahan.

X.           Memastikan penerimaan buku teks SPBT direkod dalam buku stok, ditulis nombor perolehan serta tarikh penerimaan dan disimpan dengan baik.

XI.          Menyemak buku stok SPBT yang dikemas kini dari semasa ke semasa.

XII.         Memastikan murid layak menerima buku teks SPBT.

XIII.       Menjalankan pemeriksaan fizikal ke atas buku teks SPBT di tangan murid dari semasa ke semasa.

XIV.      Melaporkan kepada JPN/PPD tentang lebihan/kekurangan buku teks SPBT di sekolah.

XV.        Memastikan buku teks SPBT yang berlebihan dihantar ke Depot SPBT Daerah dengan kadar segera.

XVI.      Memastikan buku teks SPBT diambil dari Depot SPBT Daerah dengan kadar segera jika berlaku kekurangan buku teks SPBT di sekolah.

XVII.     Memastikan pelupusan buku teks SPBT dibuat dari semasa ke semasa atau mengikut masa yang ditetapkan oleh JPN.

XVIII.    Melaporkan kepada Pengetua/Guru Besar sebarang masalah yang berkaitan dengan SPBT untuk tindakan selanjutnya

XIX.      Membuat tindakan susulan terhadap teguran, aduan atau laporan berhubung dengan pengurusan dan pelaksanaan SPBT.

XX.        Memberi taklimat kepada semua guru dan staf sokongan sekolah mengenai dasa-dasar terkini pelaksanaan SPBT dari semasa ke semasa.

XXI.      Memastikan semua guru dan staf sokongan sekolah memberi kerjasama dalam pelaksanaan dasar SPBT di sekolah.

XXII.     Memastikan pelaksanaan Sisteksbbt dan eMATEKS di sekolah.

XXIII.    Menghadiri sesi taklimat penentuan keperluan buku teks SPBT dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pesanan tersebut.

No comments:

Post a Comment